Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu
pantai yang terkenal di negeri
Kelantan,
Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari
Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan
Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang
askar British ketika dia di pantai ini pada masa
Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai
PCB.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2
kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan
pokok ru dan
pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam. Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu
pekan tradisional india. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan
batik, penenunan
songket, dan pembuatan
layang-layang serta
loyang.